LIMPAHAN TAK TERDUGA
Begitu kuasa Tuhan
tiada siapa dapat menduganya
walau bijaksana akal sedaya meramalkan
takungan dari langit
yang akan menyirami bumi
ada ketikanya menjadi kurnia tidak ternilai
namun sesekali takungan itu
tanpa khabar petanda
menumpahkan amuk geloranya.
Sekelip mata takungan dari langit itu
tanpa isyarat teramal
menakungi padang rezeki
dan menyesak nafas relung-relung konkrit
juga menghanyutkan
segala yang dikutip arusnya
dan segala yang memualkan.
Kuala Lumpur,
wargamu telah pasrah air mata
menyeret seribu sengsara
terkapar pada gelombang harap
yang meninggalkan luka
di muara kehidupan.
Sehingga melimpah
kelopak jantung kotamu
siapa pula yang terduga
tanda kebesaran-Nya
yang telah disempurnakan.
ABD RAHIM OMAR
Angkatan Sasterawan Nasional Kedah.
Isnin, 5 Oktober 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan